Sri Gaya Trading ditubuhkan pada tahun 2010 oleh En.Mazlan Kassim sebagai sebuah syarikat yang mengeluar dan memasarkan produk kecantikan dan kesihatan. Sistem pengurusan dan pemasaran dijalankan oleh sepasukan kakitangan yang tekun dan profesional.
Tanggungjawab utama pasukan kakitangan syarikat ialah memberi perkhidmatan yang jujur dan kerjasama yang sepenuhnya untuk membantu pengguna, pengedar dan semua pihak yang terlibat.
Produk syarikat ini adalah berjenama B.Magic. Rangkaian produk B.Magic meliputi produk kegunaan luaran untuk kecantikan kulit dan juga produk pemakanan dalaman untuk kesihatan serta pelangsingan.
Konsep pengeluaran produk B.Magic ialah RINGKAS dan BERKESAN. Ia amat sesuai untuk cara hidup orang masa kini yang sentiasa sibuk dari segi fizikal dan mental. Konsep ini membolehkan pengguna mendapat kesan yang bagus dengan produk yang ringkas. Pengguna tidak perlu menggunakan masa yang panjang dan produk yang banyak untuk menyelesaikan masalah kecantikan dan kesihatan mereka. Begitu juga dengan mengekalkan kecantikan penampilan mereka. Tambahan lagi, secara langsung, kos atau perbelanjaan turut akan menjadi rendah untuk aspek penjagaan kecantikan dan kesihatan ini.
Semua produk syarikat mempunyai kelulusan GMP, HALAL dan didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia selamat digunakan oleh semua golongan masyarakat.
Syarikat ini mengamalkan pemasarkan terbuka, di mana para pengedar dialu-alukan untuk berdaftar dengan syarikat untuk semua kawasan di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia dan lain-lain negara. Syarikat turut mempunyai sistem dan kempen pemasaran dan promosi yang menarik sepanjang tahun untuk menyokong jualan produk ini. Justerus itu, menyenangkan para pengedar meningkatkan jualan produk ini. Kerjasama di antara syarikat dengan para pengedar juga ditetapkan dengan cara yang ringkas tetapi kukuh. Syarikat tidak menetapkan syarat-syarat yang membebankan para pengedar. Maka, kerjasama dijalankan oleh semua pihak dengan lancar dan mudah sekali. Semua syarat dibuat dengan adil dan "win win situation" yang membawa maksud kemenangan (adil) kepada semua pihak.
Kami berharap produk dan kempen pemasaran syarikat ini dapat membawa manfaat maksimum kepada semua penggunanya. Kami sentiasa bersedia untuk menerima cadangan atau nasihat daripada semua pihak supaya mutu produk dan perkhidmatan kami dapat ditingkatkan untuk kebaikan semua pihak.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna, pengedar dan semua yang terlibat atas memberi peluang kepada kami untuk menawarkan perkhidmatan kami di pasaran ini.
Sekian, terima kasih.
(ihsan artikel disalin semula dari web utama www.bmagic2u.com)